Kesihatan:
1. Minum banyak air setiap hari (betul2 punya air)
2. Makan sarapan pagi mcm raja, mkn tengahari mcm putera raja, mkn malam mcm orang miskin.
3. Makanan yg tumbuh di atas pokok, pokok menjalar dan kurangkan mkn makanan yg diproses di kilang.
4. Hidup dgn 3 E’s = Energy, Enthusiasm & Empathy
5. Amalkan berdoa, meditasi atau yoga
6. Bersukan selalu
7. Baca lebih byk buku dari tahun 2008
8. Duduk di tempat yg senyap sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
9. Tidur paling sikit pun 7 jam tiap hari.
10. Berjalan kaki 10-30 minit setiap hari. Sambil berjalan sambil senyum.
Personalti
11. Jgn bandingkan diri anda dgn orang lain. Kita tak tahu macam mana keadaan mereka.
12. Jgn ada perasangka terhadap perkara yg diluar kawalan kita tapi berfikir positif terhadap apa yg berlaku saat ini.
13. Jgn “over do” sedari batasan kemampuan kita
14. Jgn terlalu serius. Orang lain pun begitu ba.
15. Jgn gunakan tenaga kita untuk bergosip (nanti tambah byk majalah gossip)
16. Bermimpi byk semasa kita terjaga.
17. Cemburu membuang masa saja. Engkau sudah ada apa yg perlu.
18. Lupakan hal yg lalu-lalu. Jgn ingatkan kawan kesilapan lalu, itu akan merosakan keseronokan saat ini.
19. Hidup terlalu singkat jgn bazirkan untuk membenci orang lain.
20. Tiada orang yg boleh mengawal kesoronokan kamu melainkan kita sendiri.
21. Ingat hidup ini adalah sekolah, kita disini untuk belajar. Masalah adalah salah satu kurikulum yg mengajar kita sepanjang hidup.
22. Tak semestinya menang dalam setiap pertengkaran. “Agree to disagree”
Mesyarakat
23. Hubungi keluarga kita selalu (Sms paling mudah)
24. Kongsi sesuatu yg baik dengan orang lain setiap hari.
25. Kalau boleh luangkan masa dengan orang yg berusia 70 tahun keatas dan 6 tahun kebawah.
26. Sentiasa memaafkan.
27. Buat sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.
28. Apa yang orang fikir tentang anda bukanlah urusan anda.
29. Tugas anda bukanlah mengurus diri sendiri semasa anda sakit tapi sahabat anda. Sentiasa hubungi mereka.
Kehidupan
30. Buat benda yang betul (halal la bah tu)
31. Cuba elakan benda yang tak perlu, yg terlalu cantik atau yg terlalu menyeronokkan.
32. Tuhan boleh menyembuhkan
33. Setiap perkara yang buruk, pasti ada perkara yang baik.
34. Walaupun apa yg anda rasa, bangun dan berpakaian kemas.
35. Sesuatu yg baik pasti akan datang.
36. Apabila kita bangun pagi dan kita masih bernafas, bersyukur kepada Tuhan.
Dan akhir sekali, tiada perbalahan kalau ini menjadi amalan kita.